Sunday, 25 May 2014

Dull Movies Nowadays



Aku mengaku, bila tengok cerita Godzilla, superheroes movies, and kebanyakan movies sekarang membosankan dan tiada makna. Dari trailer semua nampak best, semua nampak menarik. Tapi itu kuasa advertising, iklan. Menarik perhatian manusia dengan imej-imej yg cantik, yg elegen dan penuh aksi namun realitinya hanya untuk menarik perhatian. Namun itu lumrah manusia, mudah tertarik dengan benda yg cantik dan menghiburkan. Sebab itu movies dipuja dan perempuan cantik diperagakan seperti dewa.



Tapi movies sekarang semakin dull, full with banality. No originality, and no more avant-garde ideas. Tapi nak buat macam mana, directors dan producers buat movies sekarang sebab nak kaut keuntungan, duit. Kertas yg dipanggil duit lebih penting dari seni-seni dan ilmu pengetahuan. Bukan mereka taknak buat movies seperti dari director terkenal Godard, Scorsese, Chabrol, Truffaut, namun disebabkan permintaan penonton zaman sekarang yg tidak pentingkan seni dan ilmu, tetapi hiburan. Aku percaya kalau mereka buat filem-filem yg avant-garde dan maybe ada unsur existentialism, memang tak laku la. As long as pemikiran orang yg menonton filem sekarang masih pentingkan hiburan, selagi tulah filem-filem tema ini akan disiarkan. Pelakon-pelakon lebih penting dari script cerita. Sedih kan.



Sabar jelah and baik download je cerita-cerita yg best tu. Daripada habiskan fulus kat cerita yg tidak berkualiti. Salam readers!

Selesa



"Kejohonan Olimpik 2012, naib johan. Kejohanan Dunia 2013, naib johan. Piala Thomas 2014 baru-baru ni, naib johan lagi."



Memang aku setuju, dengan pendapat-pendapat orang lain yg kata mereka tunjukkan semangat yg tinggi, semangat tidak mahu mengalah, cintakan negara. Yes aku sangat setuju. Namun sampai bila kita nak dapat naib johan, sampai bila kita nak selesa dengan tempat kedua? Sampai bila kita nak guna ayat-ayat pasrah dan mengalah seperti ini;

"Walaupun mereka tak menang piala tetapi mereka menang hati kami Malaysians"

"You have tried your best, thank you for playing your heart out"

Bagi aku ini ayat-ayat mengalah. Sampai bila kita nak SELESA dengan apa yg kita dapat. Ini sikap yg aku paling tak suka dengan Malaysian. Cepat sangat selesa dengan apa yg kita ada. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yg kita dapat, bukan aku tak terima takdir tapi come on, don't celebrate for second place, people don't celebrate for losers! Aku mengaku, second place adalah untuk losers! Itu pendapat realists dan aku mengaku aku realist. Seperti hero yg aku kagumkan, Bill Shankly pernah berkata, "If you are first then you are first, but if you are second that it's nothing". Aku benci sikap selesa sebanyak aku benci orang hipokrit. Sepanjang hidup aku tak pernah orang yg letak dekat almari piala-piala yg dimenangi, ada piala tempat kedua. Sebab orang tak sambut tempat kedua!


Tapi good job Malaysian heroes. Serious aku bangga dengan keputusan ni. Walaupun tak menang tapi kita dapat ke final. Kita kalah tipis 2-3 kepada bagi aku memang pasukan yg patut menang. Kalahkan The Invisible China 3-0. And bagi aku, kalau bola sepak, siapa yg kalahkan team Barcelona, dialah bakal juara and kalau kat badminton ni, siapa yg kalahkan China dialah bakal juara macam Korea Selatan. Jepun seperti suatu kuasa baru dalam badminton seperti Atletico Madrid dalam bola sepak. Aku paling respect Jepun sebab dahulu Jepun ni macam pasukan belasahan je kalau dalam tournement badminton ni, macam pelengkap kumpulan dalam table. Namun sebab tu mereka bangkit, bangkit dari kekalahan dan melonjak diri mereka sehingga menjadi juara. Bukannya hanya selesa dengan sejarah je. Wake up, wake up dari mimpi indah. Sekarang dah abad ke 21. Make new history please. Sejarah yg bermakna bukannya bawa beruang panda dari China. But i'm still a proud Malaysian, i still do. Salam readers!

Monday, 12 May 2014

Second again, Liverpool



12 May 2014,

"Oops, we did it again" "The true champion" "Manchester City champion of England" memenuhi akhbar, tabloid dan media massa. Fahmy suka la City dia menang. Haihh aku selaku peminat kipas susah mati The Kops sedih juga la. Genap 24 tahun, yes 24 tahun Liverpool tak berjaya untuk memegang trophy Liga. Kali terakhir menang Premier League masa season 89-90. Masa tu aku tak lahir lagi kot! How i wish legend- legend seperti Bill Shankly, Bob Paisley boleh manage Liverpool balik, paling takpun Kenny Dalglish boleh jumpa rentak untuk bawa kelab bolasepak kesayangan beliau untuk menjulang takhta liga. Abad ke 60an sehingga akhir abad 80an boleh kata Liverpool conquer la masa tu. Manchester United macam team belasahan jela zaman tu, nak challenge title? Jangan harap. Aku bukan nak bangkitkan sejarah just nak bagitahu je kehebatan Liverpool dulu nanti ada fans yg butthurt pula kan. Dah la no 7. No offense


Dulu Premier League bukan dipanggil Premier League. Haha apa ayat aku ni. Just nak bagitahu zaman Premier League start pada season 1992-93 dimana pemenangnya Manchester United, cis. Sejak Premier League ditubuhkan Liverpool tak pernah lagi menang haha sedih. Cuma termasuk season ni, 3 kali Liverpool dah jadi runners-up. Bukannya Liverpool tak hebat tapi aku boleh kata tak bernasib baik. Season 2001-02, okay tu memang Arsenal is the better team. But season 2008-09, Liverpool banyak seri. Kalah lagi sikit dari MU and superior goal differences tapi seri banyak sangat. Tapi satu benda yang aku rasa berbangga jadi fans Liverpool ni, You'll Never Walk Alone or YNWA. Fans Liverpool even seri, atau kalah still support sepadu-padunya. Bukannya support masa menang je. Menyanyikan lagu You'll Never Walk Alone sampai meremang bulu roma aku. Tu yang aku bangga. Well betul la apa orang cakap, the 12th man tu yang paling penting. Kalau bukan sebab fans ni tak kemana Liverpool.


"If you are first then you are first, but if you are second that it's nothing" one of the famous quotes from legendary Bill Shankly. 


Aku cuma berharap season depan, Brendan Rodgers, our resurgent diberi dana transfer secukupnya untuk beli pemain berkualiti seperti Suarez and Coutinho. Aku mengaku squad season ni biasa biasa je even orang tak sangka pun boleh dapat no 2. Tapi bagi fight kot and held tempat pertama 3-4 minggu. That's some achievements. Yang penting season depan Liverpool kembali ke persada Eropah, the Champions League! Dah mereput Champions League aku tengok tanpa Liverpool haha. Liverpool juga yang buat comeback of the year masa kat Champions League season 2004-05. Menang selepas ketinggalan 3-0 dengan the mighty AC Milan. Masa tu Milan dengan Kaka, Shevchenko, Cafu, Maldini, Nesta, Dida, Gattuso. Cukup hebat. In conlusion, Liverpool hebat now and always. Salam Readers!

Wednesday, 7 May 2014

Me, Thriller Genre



Topic tiga patah perkataan.

Interesting? Sebab ada orang kata blog aku tak interesting. Bosan. Actually aku tak kisah pun pasal dia blog dia bukan bagus mana pun. Semak ada lah aku tengok. Sorry bro, no punt intended. For me, blog aku adalah untuk share information. Selain nak bagitahu about my life a bit, in the same aku nak share la juga ilmu serba sedikit. Aku ni bukanlah tahu banyak sangat pun but tak salah kan?


Untuk topik ni, sesetengah orang tak tahu pun genres movies you diorang tengok. Banyak genres available such as drama, comedy, bibliography, action, mystery, sci-fi and thriller. Thriller is my favorite. Banyak ciri-ciri thriller movies yang ada, for example psychological, my all time favorite haha. Ada political, paranoid, conspiracy, crime thriller pun aku suka, ada juga supernatural. A good thriller movie came from a good thriller director. Bagi aku cerita thriller yang bagus datangnya dari idea dan pengalaman dari director yang cemerlang. Contoh-contoh pengarah filem thriller yang cemerlang ialah Alfred Hitchcock, DJ Caruso, Joel and Ethan Coen, Brian De Palma, Stanley Kubrick kegemaran aku dan juga Phillip Kaufman. Tak lupa juga Martin Scorsese favorite Fahmy haha. Selain Francis Ford Coppola's The Godfather, Scorsese juga antara pengarah yang telah menaikkan nama Robert De Niro menjadi nama yang besar di Hollywood. Melalui cerita Taxi Driver, The Goodfellas, Raging Bull dan banyak lagi.


Bagi aku thriller tak pernah membosankan aku. Sebab banyak sub-genres thriller. Tak semestinya sekadar aksi dan tidak ada makna cerita seperti kebanyakan filem-filem abad ke 21 sekarang. Sebab itu aku lebih appreciate filem-filem lama. Abad ke 60an dan 70an banyak memberi impak kepada perfileman Hollywood. Era New Hollywood yang sebenarnya lahir dari ideologi yang sama seperti filem-filem French New Wave. Filem-filem yang bersangkut-paut dengan ideologi Existentialism, pemikiran yang menjangkaui kenormalan. Haha balik kepada thriller, filem thriller juga related to some filem-filem seram yang terkenal seperti Friday The 13th, Texas Chainsaw Massacre, The Shining, Halloween, Nightmare on Elm Street dan banyak lagi. Oh and recently aku tengok filem Wrong Turn and Final Destination, filem bersiri ni aku tengok makin banyak series dia makin membosankan. Lagi-lagi FD. Anyway kalau ada apa-apa movie thriller yang korang berminat nak download, tanya jelah aku. Salam readers!



Monday, 28 April 2014

The Hipsters



Semasa akhir abad 60an dan awal 70an, golongan hippies menjadi satu trend bagi penduduk-penduduk negara kosmopolitan seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Golongan-golongan ini mempunyai komuniti sendiri, embracing lagu-lagu psychedelic seperti psychedelic rock, psychedelic soul, psychedelic folk, dan lagu-lagu reggae. Ahli-ahli muzik seperti Lead Belly, Pink Floyd, Sandy Bull, Comus, Dando Shaft memainkan peranan penting dalam penyebaran ideologi ini. Mereka juga mengamalkan revolusi seksual, dan menggunakan cannabis sebagai satu medium untuk berada dalam satu situasi yang dikenali sebagai "Altered State of Mind". Altered State of Mind ialah pemikiran yang berbeza dari pemikiran normal atau beta defined by Arnold M. Ludwig, doktor dalam bidang psikologi yang menerangkan tentang pemikiran manusia.

Namun, seperti trend fesyen, zaman hippies turut dimakan dek zaman. Ideologi independent thinking, counter-culture, progressive politics, an appreciation of art and indie-rock, creativity, intelligence, and witty bante digantikan dengan ideologi konsumerisme dan kapitalisme. Ideologi-ideologi dari Karl Marx, Leon Trotsky, bekas President Soviet Union Vladimir Lenin, Adam Smith dan Von Mises. Bands seperti Metallica, Deep Purple, The Rolling Stones, Bon Jovi, Def Leppard dan Gun and Roses mula menakluki ideologi pemikiran pemuda-pemudi pada abad ke 80an. Lenyap zaman hippies atau hispter buat sementara waktu.

"Hipsters are the friends who sneer when you cop to liking Coldplay. They're the people who wear t-shirts silk-screened with quotes from movies you've never heard of and the only ones in America who still think Pabst Blue Ribbon is a good beer. They sport cowboy hats and berets and think Kanye West stole their sunglasses. Everything about them is exactingly constructed to give off the vibe that they just don't care." - Time, 2009

Walau bagaimanapun, pada abad ke 90an hingga kini, kita dapat lihat dalam peningkatan jumlah ahli pemikiran bebas ini atau nama lainnya, hipsters. Terutamanya, di Malaysia. This is because, rakyat Malaysia sudah semakin berpendidikan, sudah boleh mendalami pelbagai ilmu lagi-lagi dengan globalisasi internet dan ilmu pengetahuan di hujung jari. Secara jujurnya, hipster bukanlah sekadar fesyen, camera LOMO, dan ego kehidupan, tetapi hipster adalah ideology yang mementingkan ilmu pengetahuan, menolak blind consumerism, sayangi alam sekitar, dan mementingkan kesihatan. Sebagai contoh, instead of makan McDonald's 24 hours a week, cuba lebihkan makan makanan masakan sendiri. Dan instead of using kereta, naiklah basikal. Dan pelajari pelbagai ilmu pengetahuan am daripada buat sesuatu yang buang masa dan bodoh. Tapi sedihlah negara kita ni, nak cari ilmu bukan main susah. Kedai buku yang jual buku berkualiti tak banyak. Bagi aku Kinokuniya kedai buku terbaik. Syurga. Aku tak kata aku seorang hipster, tapi yang semestinya aku bukan orang yang noob dan tak tahu apa apa.



Let's go downtown and watch the modern kids
Let's go downtown and talk to the modern kids
They will eat right out of your hand
Using great big words that they don't understand
They're singing:

Rococo, rococo, rococo, rococo
Rococo, rococo, rococo, rococo

They build it up just to burn it back down
They build it up just to burn it back down
The wind is blowing all the ashes around
Oh my dear God what is that horrible song they're singin'

Rococo, rococo, rococo, rococo
Rococo, rococo, rococo, rococo
Rococo, rococo, rococo, rococo
Rococo, rococo, rococo, rococo
Rococo, rococo!
Rococo!

They seem wild but they are so tame
They seem wild but they are so tame
They're moving towards you with their colors all the same
They want to own you but they don't know what game they're playing

Rococo, rococo, rococo, rococo
Rococo!
Rococo!

(Rococo)
(Rococo)

Rococo!
Rococo!

(Rococo)
(Rococo)

Rococo!



Rococo by Arcade Fire.



Monday, 21 April 2014

Existence



Existence, existentialism. Banyak tokoh-tokoh exstentialism telah berkongsi pendapat dan ilmu. Daripada Soren Kierkegaard, tokoh existentialism pertama berasal dari Denmark, Jean-Paul Sartre, Simone De Beauvoir dan Albert Camus dari Perancis Heidegger dan Friederich Nietzsche dari Jerman sehinggalah Jean-Paul Sartre, Simone De Beauvoir dan Albert Camus dari Perancis.


Selain itu, karya-karya terkenal seperti Nausea, No Exit, Being And Nothingness dari Sartre, telah menjadikan existentialism sebagai topik dan idelogi terkenal pada abad ke 40an dan 50an. Tokoh tokoh penulisan seperti Dostoevsky, Franz Kafka, Ibsen, dan pengarah filem terkenal dari Perancis, Jean-Luc Godard juga telah membawa existentialism ke persada antarabangsa. Malahan seni-seni juga telah diterapkan dengan unsur-unsur existentialism seperti filem-filem New Wave Perancis dan filem-filem New Hollywood pada abad ke 60an dan awal 70an.


Persoalannya, kenapa adanya tokoh-tokoh ini? Kenapa adanya term existentialism?


"Seeking what is true is not seeking what is desirable." Dari Albert Camus. Existentialism mengajar kita untuk mencari diri kita. What you are. And your Being."The individual is defined only by his relationship to the world and to other individuals; he exists only transcending himself, and his freedom can be achieved only through the freedom of others. He justifies his existence by a movement which, like freedom, springs from his heart but which leads outside of himself", dari Simone De Beauvoir. 


Mengetahui makna hidup kita, dan kehidupan sekeliling merupakan objektif manusia. Sebagai contoh, agama kita. Kierkegaard telah mengatakan bahawa agama bukannya datang kepada kita, kita tidak menganut agama itu jikalau kita tidak mempelajari agama itu. Jikalau kita tidak mempelajari asal usul kehidupan, kita tidak tahu "The Passion of Freedom" dan "The Essence of Life" . Sebaliknya kita hanya seperti sebuah mesin yang hanya mendengar arahan orang lain. Hanya mengikut turutan. "In order that we ourselves may truly exist, rather than remain in the sphere of thing-seen and thing used, we must quit the inauthentic sphere of existence." dari Jean-Paul Sartre. Jadi basically, kita kena mempunyai sikap, "I want my way, now!" atau "It is not my fault!". Mencari kebebasan diri, iaitu 'inner freedom'. Disamping itu, kita hendaklah mempunyai mempunyai mentaliti, bergerak kerana kerelaan diri atau nama lain, freewill dan bukannya bergerak disebabkan orang lain, dan semestinya bukan kerana ditetapkan oleh orang lain. 


"Existential moral psychology emphasizes human freedom and focuses on the sources of mendacity, self-deception, and hypocricy in moral consciousness."

"An existentialist could either be a religious moralist, agnostic relativist, or an amoral atheist. Kierkegaard, a religious philosopher, Nietzsche, an anti-Christian, Sartre, an atheist, and Camus an atheist, are credited for their works and writings about existentialism. Sartre is noted for bringing the most international attention to existentialism in the 20th century."

Dan tidak semestinya dengan memahami existence kita, agama diabaikan. Kita boleh juga mencari makna hidup dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Seperti kenyataan diatas, Kierkegaard merupakan seorang yang kuat agama, seorang yang warak. Existentialism, mengajar kita untuk mencari kebebasan, dan makna dalam hidup ini. Hidup kita bukannya diisi dengan belajar, makan, tidur, kerja, bersosial dan kahwin sahaja. Dan aku percaya tak ramai yang tahu apa itu makna hidup, termasuklah aku.

Salam readers!







Monday, 14 April 2014

Fragile



Fragile, rapuh. 

"Why are humans so fragile?" Tu soalan yang kita selalu lihat dah dengar. Namun kita tak tahu. Itulah kelemahan manusia zaman sekarang, kita tidak mahu berkembang, evolve. Orang zaman dahulu dahagakan ilmu. Sanggup merantau dari negara ke negara. Dari negara-negara arab ke Sepanyol. Dari Rome ke Jurusalem. Kerana berebutkan ilmu. Sanggup berperang, sebagai contoh Perang Salib. Perang Salib bukan sahaja kerana berebutkan Jurusalem atau nama lain Baitulmaqdis, tetapi berebutkan kekuatan agama dan ilmu. Tetapi kini, walaupun telah dibina perpustakaan, gedung ilmu, tetapi kosong. Sekosong rumah ibadat. Walhal, perpustakaan menyediakan ilmu secara percuma. Pelik, tapi benar. Berbalik kepada rapuh, manusia atau nama lain Homo Sapiens ialah spesis yang paling tahan lasak, dan mudah adapt kepada persekitaran, even yang paling extreme.


Ada ilmuan pernah berkata, "Humans quit evolving when we quit adapting to our environment and started adapting our environment to our needs".
Setiap bentuk dan ciri-ciri yang ada pada manusia, semua mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Bermula dari skeletal system, iaitu sistem tulang kita sehinggalah integumentary system iaitu kulit kita. Cuma terletak kepada tuan badan itu sendiri untuk mengetahui tentang bandannya. Dan semuanya terletak di minda kita. Sebagai manusia, kita perlulah bersyukur dengan kesempurnaan ciptaan-Nya dan berdoa kepada-Nya daripada kita complain dan mengomel. Salam readers! 







Jatuh



Things never turned out the way they were supposed to,dont they?
Words never came out the way they were meant to,arent they?
People never grew up the way they were expected to,wouldnt they?
And life never pan out the way we were always planned to,isnt it?

Cause if they do,or they are,or they would,and if it is..

Then,living would be so easy u will forget how to bend on ur knees,down to ur feet, crying for His Mercy..

Like a dandelion in the windy dessert u will lost---nowhere to be,
Like a blind man in the deep dark night u shall not see..

Until u embraced it for whatever it may be..
No matter how hard one would feel.

By Muhammad Amirul Mamat.

Sajak dari penyajak Malaysia pertama aku, tak sepanjang sajak-sajak yang sebelum ni tapi ayat dia sumpah deep. And sangat kena dengan title aku sekarang ni. 
Jatuh,
           Ada quote dari cerita super hero paling aku minat. Actually, beliau bukanlah hero. Beliau lebih kepada vigilante. Apa itu vigilante? Dari kamus online Merriem-Webster, vigilante bermaksud ahli bukan pihak polis yang sukarela membanteras jenayah atau nama lain, penegak kebenaran yang bukan dari pihak berkuasa. Beliau ialah The Dark Knight, Batman. Dari filem Batman Begins, Alfred Pennyworth berkata kepada Bruce Wayne semasa dia terjatuh ke dalam perigi buta, "Why do we fall?". Jawapan dia simple, " So we can learn to pick ourselves up". Kata-kata ini jadi pembangkit semangat aku. Dalam apa-apa masalah yang kita hadapi, pasti ada penyelesaiannya. Dan jikalau kita jatuh, orang pasti akan gelakkan kita. Namun, chin up! Bangun! Dan belajar dari kesilapan. Jangan sesekali pandang belakang. Sesetengah orang tidak mampu untuk bangun dengan sendiri, tidak mengapa. Kita hanya manusia. Tuhan cipta manusia untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. "Muafakat membawa berkat", "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Ini semua kata-kata pepatah mengenai tolong-menolong. Semua orang pernah jatuh, sama ada tersadung, tersembam. Pelbagai cerita, namun yang paling penting ialah bagaimana kita bangkit. Orang yang paling rugi ialah orang yang tidak tahu dan tidak mahu bangkit dari kesilapan. Dan jikalau kita lihat kawan-kawan, keluarga, sesiapa sahaja yang jatuh, bantulah beliau bangkit. "There is Karma", kerana apabila terjadi kepada kita, orang akan balas semula. Salam readers!


Monday, 31 March 2014

Move on





Well, now

If little by little you stop loving me
I shall stop loving you
Little by little
If suddenly you forget me
Do not look for me
For I shall already have forgotten you



If you think it long and mad the wind of banners that passes through my life
And you decide to leave me at the shore of the heart where I have roots
Remember
That on that day, at that hour, I shall lift my arms
And my roots will set off to seek another land


by Pablo Neruda



Bila tajuk sedih-sedih ni mesti aku start dengan puisi, lirik lagu. Haha aku memang sentimental sikit korang je tak tahu. 


I'm so used to rejection my heart's numb now. Yes that's me. But ada pujangga mengatakan, "cinta terhebat datangnya dari cinta yang gagal". Aku berharap kata-kata ni kena kat aku la. Moving on, sesuatu tindakan yang bagi aku amat susah. Mungkin bukan aku sorang tapi kebanyakannya memang susah lagi lagi bila kita terlampau cintakan seseorang tu. Sedih tapi betul. Diberi harapan dan janji namun janji hanya tinggal janji, harapan hanya boleh buat hiasan. Boleh buang dalam black hole je. Sesetengah orang mengambil masa yang lama, dan ada juga yang sekejap. Terletak pada tahap sayangnya kita pada seseorang itu, dan cara kita untuk move on. Aku sendiri pernah berada dalam situasi ini. Situasi di mana perasaan kau seperti dipijak dan diludah oleh orang yang kau sayangi. Perasaan dikhianati, seperti ditikam, huge low-blow! 



Kakak member aku terjun dari tingkat 4 rumah flat kat area rumah aku sebab break up. Hidup lagi tapi lumpuh dari pinggang sampai bawah. Bagi aku tindakan ni bodoh, menyusahkan dan memalukan keluarga, diri sendiri. But who am i to judge? Kebanyakan orang kata perempuan lagi susah untuk move on. Tapi aku tak setuju. Aku ambil masa setengah tahun juga la nak move on. Selalu aku check perkembangan dia. Twitter, Facebook dan segala jenis laman web sosial la. Tapi ada satu cara yang aku memang tidak berani lakukan untuk mengetahui perkembangan dia, call dan text dia. Pathetic kan? Tapi aku tanya kau, kalau kita masih menghubungi ex kita, apa perempuan tu rasa? Dia mesti rasa kita tak move on kan. But bukan semua la but that's the ego of men. Tapi lama kelamaan aku jadi benci kat ex aku.



Aku kat sini bukan nak bagi nasihat atau buat website, "How to move on" atau jadi Dr. Phil mahupun Tony Robbins, aku cuma nak kongsikan pendapat dan cerita mengenai moving on. Aku percaya dengan ayat ni, "Sooner or later we've all got to let go of our past." dari Dan Brown. Walau macam mana berkeras pun kita, lambat laun kita akan lupa juga. Cuma cara untuk lupakan dan move on tu kita kena tahu. Aku prefer music, movie, sukan, keluarga, kawan sebagai cara-cara aku untuk move on. Korang mesti ada cara sendiri juga kan? Ada satu quote yang aku selalu dengar, "Bros before..". Bagi aku kata ni tepat sebab bila kita susah siapa yang tolong kita masa dalam u, dalam bilik? Member juga. Tak cukup duit nak beli makanan, member juga. Haha ironic. Masa ada pasangan kadang-kadang kita lupa member-member then bila kita susah diorang juga kita cari. Kita kena lah pandai bahagi masa untuk diri sendiri, keluarga, member dan pasangan tu je. 



Anyway, aku malas nak berceloteh lagi berkenaan move on ni sebab aku pun taklah perfect sangat dalam bab ni. Yang aku tahu tak perlu nak toreh lengan, dahi, kaki semua. Tak perlu nak terjun. Ada "higher power" yang kita sentiasa lupa. Tuhan. Tadah tangan, mohon petunjuk dari Dia. Dia lagi memahami apa yang kau perlukan dan apa yang kau tidak fahami. Salam readers!








Monday, 24 March 2014

Rajuk, Merajuk?



Merajuk,


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, rajuk atau merajuk bermaksud menunjukkan rasa tidak suka, bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll). Kenapa manusia merajuk? Salah satu sebab apabila sesuatu kehendaknya tidak dapat ditunaikan. Dan akibat tidak suka dengan situasi itu, mereka akan seperti yg dimaksudkan dalam Kamus Dewan itu, bersungut-sungut dan merungut-rungut. Seperti aku manusia yg tidak sempurna, pernah merajuk. Sampai satu masa tu sampai 2-3 hari juga lah. Childish? Ala korang pun mesti pernah juga.


Tahun 2006, bagi budak budak batch '94 tahu lah ada apa masa tahun ni. UPSR. Memandangkan aku belajar di sekolah kerajaan, SK TUDM, aku hanya mengambil 4 subjek masa exam tu. Bahasa Malaysia, English, Sains, Matematik. Aku tak faham kenapa subjek BM ada sampai dua paper. Penulisan dan Pemahaman. And satu lagi aku tak faham dengan sistem pembelajaran Malaysia ni, kenapa perlu ada penukaran antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu? Kejap-kejap tukar, kejap-kejap tukar. Senang panggil BM jelah. And sekarang dengan pemansuhan PMR pula tak faham aku serious.



Kembali kepada cerita, aku pelajar yg rajin kat sekolah. Dan aku selalu skor kertas Matematik dari exam pertengahan tahun sampai trial haha. Jadi, penuh confident, aku melontarkan hasrat aku kat family aku.



"Mi, abah, kalau Ecik skor UPSR nak hadiah boleh tak? Boleh laaa"
Jawab Umi, "Ecik nak apa?"
Dengan penuh semangat aku tunjuk gambar ni,





"Boleh tak mi?", tanya aku.
"Ye boleh janji dengan umi Ecik skor tau?"
"Janji umi!" Sahut aku.


Sebelum aku teruskan celoteh aku, kenapa manusia suka memberi janji kepada insan yg lain? Walaupun dia tahu sesuatu perkara atau benda itu tidak pasti dapat ditunaikan? Dipetik dari John Green, The Fault In Our Stars, “Some people don't understand the promises they're making when they make them." Janji tetap dibuat kerana manusia sentiasa memerlukan sesuatu benda atau perkara untuk memastikan kerjanya siap, untuk mencapai matlamat. Manusia sentiasa mengharapkan ganjaran atas apa yg mereka lakukan. Termasuklah aku. Bayangkan kalau pekerja-pekerja tidak diberi gaji, memang ramai la penganggur, memang tak jalan la kerja. Mana ada manusa kerja berat-berat  untuk charity!


Dipendekkan cerita, aku skor UPSR dengan cemerlang atau "with flying colours!" Aku melompat   kegembiraan melihat keputusan aku. Aku tak sempat pun tanya keputusan kawan-kawan aku, aku terus bergegas ke arah Umi. "Umi Ecik skor! Tengok ni!" Melihat Umi gembira apabila melihat keputusan aku. Aku pun terus meminta supaya Umi menunaikan janjinya kepada aku. Umi cakap nanti Umi beli. Aku tunggu - dan tunggu - dan tunggu - namun tiada. Aku dah sambung belajar ke peringkat Menengah namun hadiah yg dijanji tak pernah kurasai. Sekarang aku tahu semuanya hanya janji. Bila ditanya, Umi hanya kata, "kena kumpul duit Ecik, kena kumpul duit". Aku hanya terdiam, merajuk juga la 2-3 hari haha dan kemudian berhenti berharap..


Aku tak pernah berniat nak merajuk dan bersikap tidak bersyukur tapi janganlah janji jikalau tak mampu untuk laksanakannya. Aku akan faham. And aku minta maaflah kalau ada sesiapa yg tidak berpuas hati dengan post aku ni.


"Lying is not only excusable; it is not only innocent; it is, above all, necessary and unavoidable. Without the ameliorations that it offers, life would become a mere syllogism and hence too metallic to be borne."


H.L. Mencken - 1880-1956


I love you Umi. I will always do.



Monday, 17 March 2014

Le Perte




I have scarcely left you 

When you go in me, crystalline,

Or trembling,

Or uneasy, wounded by me

Or overwhelmed with love, as

when your eyes 
Close upon the gift of life
That without cease I give you.



My love, 

We have found each other

Thirsty and we have 

Drunk up all the water and the

Blood, 
We found each other
Hungry 
And we bit each other
As fire bites,
Leaving wounds in us. 



But wait for me, 

Keep for me your sweetness.

I will give you too 

A rose.


Poem by Pablo Neruda.

Idea Fahmy letak poem ni;


Le perte, la pérdida, der Verust, perdita, verlies, loss atau dalam bahasa kebangsaan kita, bahasa kebanggan kita, KEHILANGAN. Setiap insan di dunia ini telah mengalami kehilangan. Kehilangan itu sesuatu yg pasti. Yang membezakan adalah sama ada kehilangan itu besar atau kecil bagi seseorang itu. Kehilangan juga memberi impak kepada seseorang itu. Sesetengah kehilangan memberi impak yg besar kepada seseorang sehingga mengubah hidupnya selama-lamanya. Termasuklah aku. Tiada pengecualian daripada kehilangan sesuatu. 

"Nobody said it was easy,
No one ever said it would so hard,
I'm going back to the start.

Ooooo...oooo..."

The Scientist by Coldplay.


Cerita yg sedih kenalah bermula dengan lagu yg sedih kan. Haha cliché pula aku ni. Tapi bagi aku memang sedih juga la bila bab-bab kehilangan ni. "Bila dah habis sekolah jangan lupa aku pulak", "Okay kau pun sama jangan lupa aku, mesti rindu nanti". Inilah dialog terakhir aku dengan dia. Sebelum dia meninggalkan aku, ke aku yg meninggalkan dia aku pun tak tahu. Tapi yg penting dia sekarang dah berjauhan dengan aku. Aku pun tak tahu kelibat dia kat mana sekarang. Kali terakhir aku bersemuka dengan dia masa kat Sabah sewaktu darjah 3. Bila aku dan keluarga ingin berhijrah ke Selangor, macam-macam janji aku buat dengan dia haha. Janji nak jumpa bila dah besar bila dah berdikari, setiap kali birthday hantar kad sekurang-kurangnya, tapi kahwin takdelah heh :p lawak je..

Pertama kali jumpa masa kat sekolah rendah. Pelik, aku tak ingat pun nama sekolah tu. Orang kata kalau kita lupa sesuatu perkara tu maknanya ia tak penting untuk kita. Namun bagi aku, banyak sangat perkara untuk otak aku ni serap. Otak manusia walaupun lebih baik dari komputer tapi ada limit dia, batasan dia. Sampai masa hang juga kan. Semua sebab DOTA. Tak kira, aku nak salahkan orang yg cipta DOTA juga. "Dunia Orang Tanpa Awek" bak kata SIR AZWAN haha! Dipendekkan cerita, aku semakin rapat dengan dia bila aku sama kelas dengan dia semasa darjah 2. Dah disebabkan aku datang lambat untuk kelas pertama darjah 2, aku tiada tempat duduk bersebelahan dengan lelaki. Aku tengok dia duduk sorang-sorang so aku pun duduk jela. Ala come on, masa darjah 2 mana ada nafsu dengan opposite sex. Tak kisah pun. Aku lebih suka luang masa dengan budak budak lelaki main pemadam getah, main tutup botol. Legend permainan ni haha. 

Jadi satu hari tiba tiba dia tegur aku. Agak kekok juga la memandangkan aku tak pernah cakap dengan perempuan - kecuali mak dan kakak aku jelah. Mula mula kekok.. 

"Hi awak"

Aku balas, "Kau nak apa?"
"Kenapa taknak cakap dengan saya?"
"Hmm sebab kau perempuan, mana boleh cakap dengan perempuan"
"..."

(Lebih kurang gaya sembang camni la aku pun tak ingat sangat)

Tapi lama-kelamaan hubungan aku dan dia semakin rapat. Aku selalu berborak dengan dia. Makan sama. Balik sekolah je aku belanja dia ais krim potong. Dulu murah 20-30 sen boleh dapat 1. Aku sanggup berlapar perut semata-mata nak belanja dia ais krim potong. Bila birthday dia aku belikan teddy bear aku beli dekat pasar malam family belanja lah haha. Serta kek moist chocolate masakan mak aku. Simple yet delicious!

Tapi not all life has a happy ending, aku dikejutkan dengan berita yg ayah aku ingin berhijrah ke semenanjung. Subang katanya. Agak sedih juga lah tapi masa tu budak-budak so apa lah sangat.  Aku ceritakan segalanya kepada dia. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Aku dan dia hanya duduk dalam kesunyian sambil memandang langit yg berbintang. Sungguh cantik, tetapi tidak kena dengan masanya. Dan malam itu aku membuat macam-macam janji. 
(Acah-acah je ni haha)

3 tahun kemudian aku kembali ke Sabah. Bergegas aku ke rumah dia. Namun aku terdiam, aku terduduk. Dia tiada lagi di sini. Orang kampung kata dia sudah berpindah ke tempat lain. Memandangkan aku tidak mempunyai sebarang cara untuk menghubunginya membuatkan aku lagi sedih. Aku tak tahu nak buat apa apa. Hanya terus mendiam.

There she goes away, leaving me wondering,
looking at the star reminds me of you,
everything reminds me of you. But where are you?

Siapakah dia? 



Siapa Basri?


Kehidupan seorang Pengejar Bintang,



Assalamualaikum. Ucapan ni sangat mulia bagi orang islam. Namun tak ramai yg ucapkan. Hi, hello menjadi pilihan namun siapa aku untuk judge kan.


"Kat sekolah belajar elok-elok tau. Buat orang bangga dengan Basri, dengan keluarga Basri". Setiap hari masa aku sekolah ummi aku ucapkan pada aku. Dengan ucapan tu aku belajar bersungguh-sungguh. Sehinggalah aku tiba di Universiti Kebangsaan Malaysia aka Kebanggan Malaysia. Walaupun tak dapat further ke luar negara, tapi dapat masuk ke UKM ni sedikit sebanyak dapat buat family aku tersenyum. Aku secara tak langsung pun tersenyum gembira melihat keluarga aku gembira. Keluarga aku terdiri daripada 4 adik beradik. Aku no 2. Kakak aku mainkan peranan penting dalam keluarga tapi aku pun takde kurangnya.



Sebelum aku meneruskan celoteh aku kat sini, aku Mohd Basri bin James. Orang panggil aku Basri atau Bas. Bukan bas RapidKL mahupun Nadi Putra. Dan korang mesti tertanya tanya kenapa nama ayah aku James kan? Nama ayah aku special sebab aku berasal dari Sabah - Negeri di Bawah Bayu. Aku pun tak tahu kenapa diberi nama tu. Oleh kerana itu aku diberi priveledge dengan nama yang unik. Kami sekeluarga berpindah ke Subang, Selangor semasa aku darjah 3. Culture shock juga la! Culture shock aka kejutan budaya sering berlaku dengan orang yang jarang mendapat kelebihan dan kesenangan terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya, wang. Kertas yg dipanggil wang ini amatlah penting. Dan bagi aku, selepas ayah aku dipindah tempat kerja disini, kehidupan kami lebih senang. Aku dapatlah juga pegang wang ni nak beli benda yang aku suka. Kalau tak tengok jela orang beli.



Kecewa juga bila aku tak ingat lagu sekolah rendah aku, SK TUDM Subang. Rindu. Rindu apa? Rindu cikgu-cikgu. Rindu member-member lama. Afif, Haziq jiran Fahmy, Nashihin. Kenapa ada mention Fahmy? Fahmy ni member sekolah menengah aku kat SMK Subang. Dia ni macam mat buku la tapi nak kata nerd tak juga. Dengar lagu Arctic Monkeys, Pink Floyd, Radiohead, Arcade Fire. Tapi aku pelik dengan dia ni. Buku buku yg dia baca mostly philosophical. Ada dari Soren Kierkegaard, Jean-Paul Sartre dan sewaktu dengannya. Aku ni, tak suka membaca haha.



"teng teng teng teng"


Menjulang martabat ilmu

Mengamal pekerti mulia
Memegang prinsip jati diri


Lagu sekolah aku berkumandang setiap pagi. Rindunya. Sebak juga bila fikir balik semua member-member, musuh, ex haha. Lepas PMR, Penyeksa Mental Remaja, aku further ke cabang Sains Akaun. Kenapa aku tak amik Sains Bio, Sains Fizikal? Kalau aku further Sains Bio matilah orang dekat hospital. Kalau further Sains Fizikal rosaklah mesin-mesin. So baik akaun atleast boleh songlap duit sikit :p

Mac 2012, hari keputusan SPM. Tengok kawan-kawan aku dapat keputusan cemerlang. Aku berpuas hati dengan 4A. Alhamdulillah. Ada lagi yg kurang berjaya dan kurang berpuas hati dengan keputusan mereka. Aku rasa ini yang aku berhak dapat atas usaha aku. Rindu Cikgu Adnan!


Keputusan UPU aku amat tidak memuaskan. Aku tak dapat offer dari mana-mana universiti. Tapi Yang Maha Adil has set something better for me kot. Aku meneruskan pembelajaran aku di KMP atau Kolej Matrikulasi Perlis. Nun jauh kat Arau sana. Belajar setahun kat sana and alhamdulillah aku kira skor juga la. Dapat 3.72 CGPA. Hebat jugalah aku ni hehe. Tapi sedih juga sebenarnya. Disebabkan DOTA, aku flunk juga la sem 2. DOTA ni macam satu penyakit, penyakit yg contagious. Sekali kau dah terjebak, tak boleh berpatah balik. Kalau aku jumpa siapa yg cipta DOTA ni aku nak bunuh dia.



1 September 2013,



Inilah Varsiti Kita

Ditengahkan hasrat rakyat kita


Berkumandang lagu ni bermakna aku dah sambung belajar aku di UKM. Suasana lain, tempat lain, pemandangan pun lain. Segalanya asing bagi aku. Alhamdulillah bersyukur dapat belajar kat sini. Permudahkan segala urusan aku disini Ya Allah. 3 tahun pembelajaranku disini aminn.