Monday, 17 March 2014

Siapa Basri?


Kehidupan seorang Pengejar Bintang,



Assalamualaikum. Ucapan ni sangat mulia bagi orang islam. Namun tak ramai yg ucapkan. Hi, hello menjadi pilihan namun siapa aku untuk judge kan.


"Kat sekolah belajar elok-elok tau. Buat orang bangga dengan Basri, dengan keluarga Basri". Setiap hari masa aku sekolah ummi aku ucapkan pada aku. Dengan ucapan tu aku belajar bersungguh-sungguh. Sehinggalah aku tiba di Universiti Kebangsaan Malaysia aka Kebanggan Malaysia. Walaupun tak dapat further ke luar negara, tapi dapat masuk ke UKM ni sedikit sebanyak dapat buat family aku tersenyum. Aku secara tak langsung pun tersenyum gembira melihat keluarga aku gembira. Keluarga aku terdiri daripada 4 adik beradik. Aku no 2. Kakak aku mainkan peranan penting dalam keluarga tapi aku pun takde kurangnya.



Sebelum aku meneruskan celoteh aku kat sini, aku Mohd Basri bin James. Orang panggil aku Basri atau Bas. Bukan bas RapidKL mahupun Nadi Putra. Dan korang mesti tertanya tanya kenapa nama ayah aku James kan? Nama ayah aku special sebab aku berasal dari Sabah - Negeri di Bawah Bayu. Aku pun tak tahu kenapa diberi nama tu. Oleh kerana itu aku diberi priveledge dengan nama yang unik. Kami sekeluarga berpindah ke Subang, Selangor semasa aku darjah 3. Culture shock juga la! Culture shock aka kejutan budaya sering berlaku dengan orang yang jarang mendapat kelebihan dan kesenangan terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya, wang. Kertas yg dipanggil wang ini amatlah penting. Dan bagi aku, selepas ayah aku dipindah tempat kerja disini, kehidupan kami lebih senang. Aku dapatlah juga pegang wang ni nak beli benda yang aku suka. Kalau tak tengok jela orang beli.



Kecewa juga bila aku tak ingat lagu sekolah rendah aku, SK TUDM Subang. Rindu. Rindu apa? Rindu cikgu-cikgu. Rindu member-member lama. Afif, Haziq jiran Fahmy, Nashihin. Kenapa ada mention Fahmy? Fahmy ni member sekolah menengah aku kat SMK Subang. Dia ni macam mat buku la tapi nak kata nerd tak juga. Dengar lagu Arctic Monkeys, Pink Floyd, Radiohead, Arcade Fire. Tapi aku pelik dengan dia ni. Buku buku yg dia baca mostly philosophical. Ada dari Soren Kierkegaard, Jean-Paul Sartre dan sewaktu dengannya. Aku ni, tak suka membaca haha.



"teng teng teng teng"


Menjulang martabat ilmu

Mengamal pekerti mulia
Memegang prinsip jati diri


Lagu sekolah aku berkumandang setiap pagi. Rindunya. Sebak juga bila fikir balik semua member-member, musuh, ex haha. Lepas PMR, Penyeksa Mental Remaja, aku further ke cabang Sains Akaun. Kenapa aku tak amik Sains Bio, Sains Fizikal? Kalau aku further Sains Bio matilah orang dekat hospital. Kalau further Sains Fizikal rosaklah mesin-mesin. So baik akaun atleast boleh songlap duit sikit :p

Mac 2012, hari keputusan SPM. Tengok kawan-kawan aku dapat keputusan cemerlang. Aku berpuas hati dengan 4A. Alhamdulillah. Ada lagi yg kurang berjaya dan kurang berpuas hati dengan keputusan mereka. Aku rasa ini yang aku berhak dapat atas usaha aku. Rindu Cikgu Adnan!


Keputusan UPU aku amat tidak memuaskan. Aku tak dapat offer dari mana-mana universiti. Tapi Yang Maha Adil has set something better for me kot. Aku meneruskan pembelajaran aku di KMP atau Kolej Matrikulasi Perlis. Nun jauh kat Arau sana. Belajar setahun kat sana and alhamdulillah aku kira skor juga la. Dapat 3.72 CGPA. Hebat jugalah aku ni hehe. Tapi sedih juga sebenarnya. Disebabkan DOTA, aku flunk juga la sem 2. DOTA ni macam satu penyakit, penyakit yg contagious. Sekali kau dah terjebak, tak boleh berpatah balik. Kalau aku jumpa siapa yg cipta DOTA ni aku nak bunuh dia.



1 September 2013,



Inilah Varsiti Kita

Ditengahkan hasrat rakyat kita


Berkumandang lagu ni bermakna aku dah sambung belajar aku di UKM. Suasana lain, tempat lain, pemandangan pun lain. Segalanya asing bagi aku. Alhamdulillah bersyukur dapat belajar kat sini. Permudahkan segala urusan aku disini Ya Allah. 3 tahun pembelajaranku disini aminn.


No comments:

Post a Comment