Monday, 31 March 2014

Move on





Well, now

If little by little you stop loving me
I shall stop loving you
Little by little
If suddenly you forget me
Do not look for me
For I shall already have forgotten you



If you think it long and mad the wind of banners that passes through my life
And you decide to leave me at the shore of the heart where I have roots
Remember
That on that day, at that hour, I shall lift my arms
And my roots will set off to seek another land


by Pablo Neruda



Bila tajuk sedih-sedih ni mesti aku start dengan puisi, lirik lagu. Haha aku memang sentimental sikit korang je tak tahu. 


I'm so used to rejection my heart's numb now. Yes that's me. But ada pujangga mengatakan, "cinta terhebat datangnya dari cinta yang gagal". Aku berharap kata-kata ni kena kat aku la. Moving on, sesuatu tindakan yang bagi aku amat susah. Mungkin bukan aku sorang tapi kebanyakannya memang susah lagi lagi bila kita terlampau cintakan seseorang tu. Sedih tapi betul. Diberi harapan dan janji namun janji hanya tinggal janji, harapan hanya boleh buat hiasan. Boleh buang dalam black hole je. Sesetengah orang mengambil masa yang lama, dan ada juga yang sekejap. Terletak pada tahap sayangnya kita pada seseorang itu, dan cara kita untuk move on. Aku sendiri pernah berada dalam situasi ini. Situasi di mana perasaan kau seperti dipijak dan diludah oleh orang yang kau sayangi. Perasaan dikhianati, seperti ditikam, huge low-blow! 



Kakak member aku terjun dari tingkat 4 rumah flat kat area rumah aku sebab break up. Hidup lagi tapi lumpuh dari pinggang sampai bawah. Bagi aku tindakan ni bodoh, menyusahkan dan memalukan keluarga, diri sendiri. But who am i to judge? Kebanyakan orang kata perempuan lagi susah untuk move on. Tapi aku tak setuju. Aku ambil masa setengah tahun juga la nak move on. Selalu aku check perkembangan dia. Twitter, Facebook dan segala jenis laman web sosial la. Tapi ada satu cara yang aku memang tidak berani lakukan untuk mengetahui perkembangan dia, call dan text dia. Pathetic kan? Tapi aku tanya kau, kalau kita masih menghubungi ex kita, apa perempuan tu rasa? Dia mesti rasa kita tak move on kan. But bukan semua la but that's the ego of men. Tapi lama kelamaan aku jadi benci kat ex aku.



Aku kat sini bukan nak bagi nasihat atau buat website, "How to move on" atau jadi Dr. Phil mahupun Tony Robbins, aku cuma nak kongsikan pendapat dan cerita mengenai moving on. Aku percaya dengan ayat ni, "Sooner or later we've all got to let go of our past." dari Dan Brown. Walau macam mana berkeras pun kita, lambat laun kita akan lupa juga. Cuma cara untuk lupakan dan move on tu kita kena tahu. Aku prefer music, movie, sukan, keluarga, kawan sebagai cara-cara aku untuk move on. Korang mesti ada cara sendiri juga kan? Ada satu quote yang aku selalu dengar, "Bros before..". Bagi aku kata ni tepat sebab bila kita susah siapa yang tolong kita masa dalam u, dalam bilik? Member juga. Tak cukup duit nak beli makanan, member juga. Haha ironic. Masa ada pasangan kadang-kadang kita lupa member-member then bila kita susah diorang juga kita cari. Kita kena lah pandai bahagi masa untuk diri sendiri, keluarga, member dan pasangan tu je. 



Anyway, aku malas nak berceloteh lagi berkenaan move on ni sebab aku pun taklah perfect sangat dalam bab ni. Yang aku tahu tak perlu nak toreh lengan, dahi, kaki semua. Tak perlu nak terjun. Ada "higher power" yang kita sentiasa lupa. Tuhan. Tadah tangan, mohon petunjuk dari Dia. Dia lagi memahami apa yang kau perlukan dan apa yang kau tidak fahami. Salam readers!








Monday, 24 March 2014

Rajuk, Merajuk?



Merajuk,


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, rajuk atau merajuk bermaksud menunjukkan rasa tidak suka, bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll). Kenapa manusia merajuk? Salah satu sebab apabila sesuatu kehendaknya tidak dapat ditunaikan. Dan akibat tidak suka dengan situasi itu, mereka akan seperti yg dimaksudkan dalam Kamus Dewan itu, bersungut-sungut dan merungut-rungut. Seperti aku manusia yg tidak sempurna, pernah merajuk. Sampai satu masa tu sampai 2-3 hari juga lah. Childish? Ala korang pun mesti pernah juga.


Tahun 2006, bagi budak budak batch '94 tahu lah ada apa masa tahun ni. UPSR. Memandangkan aku belajar di sekolah kerajaan, SK TUDM, aku hanya mengambil 4 subjek masa exam tu. Bahasa Malaysia, English, Sains, Matematik. Aku tak faham kenapa subjek BM ada sampai dua paper. Penulisan dan Pemahaman. And satu lagi aku tak faham dengan sistem pembelajaran Malaysia ni, kenapa perlu ada penukaran antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu? Kejap-kejap tukar, kejap-kejap tukar. Senang panggil BM jelah. And sekarang dengan pemansuhan PMR pula tak faham aku serious.



Kembali kepada cerita, aku pelajar yg rajin kat sekolah. Dan aku selalu skor kertas Matematik dari exam pertengahan tahun sampai trial haha. Jadi, penuh confident, aku melontarkan hasrat aku kat family aku.



"Mi, abah, kalau Ecik skor UPSR nak hadiah boleh tak? Boleh laaa"
Jawab Umi, "Ecik nak apa?"
Dengan penuh semangat aku tunjuk gambar ni,





"Boleh tak mi?", tanya aku.
"Ye boleh janji dengan umi Ecik skor tau?"
"Janji umi!" Sahut aku.


Sebelum aku teruskan celoteh aku, kenapa manusia suka memberi janji kepada insan yg lain? Walaupun dia tahu sesuatu perkara atau benda itu tidak pasti dapat ditunaikan? Dipetik dari John Green, The Fault In Our Stars, “Some people don't understand the promises they're making when they make them." Janji tetap dibuat kerana manusia sentiasa memerlukan sesuatu benda atau perkara untuk memastikan kerjanya siap, untuk mencapai matlamat. Manusia sentiasa mengharapkan ganjaran atas apa yg mereka lakukan. Termasuklah aku. Bayangkan kalau pekerja-pekerja tidak diberi gaji, memang ramai la penganggur, memang tak jalan la kerja. Mana ada manusa kerja berat-berat  untuk charity!


Dipendekkan cerita, aku skor UPSR dengan cemerlang atau "with flying colours!" Aku melompat   kegembiraan melihat keputusan aku. Aku tak sempat pun tanya keputusan kawan-kawan aku, aku terus bergegas ke arah Umi. "Umi Ecik skor! Tengok ni!" Melihat Umi gembira apabila melihat keputusan aku. Aku pun terus meminta supaya Umi menunaikan janjinya kepada aku. Umi cakap nanti Umi beli. Aku tunggu - dan tunggu - dan tunggu - namun tiada. Aku dah sambung belajar ke peringkat Menengah namun hadiah yg dijanji tak pernah kurasai. Sekarang aku tahu semuanya hanya janji. Bila ditanya, Umi hanya kata, "kena kumpul duit Ecik, kena kumpul duit". Aku hanya terdiam, merajuk juga la 2-3 hari haha dan kemudian berhenti berharap..


Aku tak pernah berniat nak merajuk dan bersikap tidak bersyukur tapi janganlah janji jikalau tak mampu untuk laksanakannya. Aku akan faham. And aku minta maaflah kalau ada sesiapa yg tidak berpuas hati dengan post aku ni.


"Lying is not only excusable; it is not only innocent; it is, above all, necessary and unavoidable. Without the ameliorations that it offers, life would become a mere syllogism and hence too metallic to be borne."


H.L. Mencken - 1880-1956


I love you Umi. I will always do.



Monday, 17 March 2014

Le Perte




I have scarcely left you 

When you go in me, crystalline,

Or trembling,

Or uneasy, wounded by me

Or overwhelmed with love, as

when your eyes 
Close upon the gift of life
That without cease I give you.



My love, 

We have found each other

Thirsty and we have 

Drunk up all the water and the

Blood, 
We found each other
Hungry 
And we bit each other
As fire bites,
Leaving wounds in us. 



But wait for me, 

Keep for me your sweetness.

I will give you too 

A rose.


Poem by Pablo Neruda.

Idea Fahmy letak poem ni;


Le perte, la pérdida, der Verust, perdita, verlies, loss atau dalam bahasa kebangsaan kita, bahasa kebanggan kita, KEHILANGAN. Setiap insan di dunia ini telah mengalami kehilangan. Kehilangan itu sesuatu yg pasti. Yang membezakan adalah sama ada kehilangan itu besar atau kecil bagi seseorang itu. Kehilangan juga memberi impak kepada seseorang itu. Sesetengah kehilangan memberi impak yg besar kepada seseorang sehingga mengubah hidupnya selama-lamanya. Termasuklah aku. Tiada pengecualian daripada kehilangan sesuatu. 

"Nobody said it was easy,
No one ever said it would so hard,
I'm going back to the start.

Ooooo...oooo..."

The Scientist by Coldplay.


Cerita yg sedih kenalah bermula dengan lagu yg sedih kan. Haha cliché pula aku ni. Tapi bagi aku memang sedih juga la bila bab-bab kehilangan ni. "Bila dah habis sekolah jangan lupa aku pulak", "Okay kau pun sama jangan lupa aku, mesti rindu nanti". Inilah dialog terakhir aku dengan dia. Sebelum dia meninggalkan aku, ke aku yg meninggalkan dia aku pun tak tahu. Tapi yg penting dia sekarang dah berjauhan dengan aku. Aku pun tak tahu kelibat dia kat mana sekarang. Kali terakhir aku bersemuka dengan dia masa kat Sabah sewaktu darjah 3. Bila aku dan keluarga ingin berhijrah ke Selangor, macam-macam janji aku buat dengan dia haha. Janji nak jumpa bila dah besar bila dah berdikari, setiap kali birthday hantar kad sekurang-kurangnya, tapi kahwin takdelah heh :p lawak je..

Pertama kali jumpa masa kat sekolah rendah. Pelik, aku tak ingat pun nama sekolah tu. Orang kata kalau kita lupa sesuatu perkara tu maknanya ia tak penting untuk kita. Namun bagi aku, banyak sangat perkara untuk otak aku ni serap. Otak manusia walaupun lebih baik dari komputer tapi ada limit dia, batasan dia. Sampai masa hang juga kan. Semua sebab DOTA. Tak kira, aku nak salahkan orang yg cipta DOTA juga. "Dunia Orang Tanpa Awek" bak kata SIR AZWAN haha! Dipendekkan cerita, aku semakin rapat dengan dia bila aku sama kelas dengan dia semasa darjah 2. Dah disebabkan aku datang lambat untuk kelas pertama darjah 2, aku tiada tempat duduk bersebelahan dengan lelaki. Aku tengok dia duduk sorang-sorang so aku pun duduk jela. Ala come on, masa darjah 2 mana ada nafsu dengan opposite sex. Tak kisah pun. Aku lebih suka luang masa dengan budak budak lelaki main pemadam getah, main tutup botol. Legend permainan ni haha. 

Jadi satu hari tiba tiba dia tegur aku. Agak kekok juga la memandangkan aku tak pernah cakap dengan perempuan - kecuali mak dan kakak aku jelah. Mula mula kekok.. 

"Hi awak"

Aku balas, "Kau nak apa?"
"Kenapa taknak cakap dengan saya?"
"Hmm sebab kau perempuan, mana boleh cakap dengan perempuan"
"..."

(Lebih kurang gaya sembang camni la aku pun tak ingat sangat)

Tapi lama-kelamaan hubungan aku dan dia semakin rapat. Aku selalu berborak dengan dia. Makan sama. Balik sekolah je aku belanja dia ais krim potong. Dulu murah 20-30 sen boleh dapat 1. Aku sanggup berlapar perut semata-mata nak belanja dia ais krim potong. Bila birthday dia aku belikan teddy bear aku beli dekat pasar malam family belanja lah haha. Serta kek moist chocolate masakan mak aku. Simple yet delicious!

Tapi not all life has a happy ending, aku dikejutkan dengan berita yg ayah aku ingin berhijrah ke semenanjung. Subang katanya. Agak sedih juga lah tapi masa tu budak-budak so apa lah sangat.  Aku ceritakan segalanya kepada dia. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Aku dan dia hanya duduk dalam kesunyian sambil memandang langit yg berbintang. Sungguh cantik, tetapi tidak kena dengan masanya. Dan malam itu aku membuat macam-macam janji. 
(Acah-acah je ni haha)

3 tahun kemudian aku kembali ke Sabah. Bergegas aku ke rumah dia. Namun aku terdiam, aku terduduk. Dia tiada lagi di sini. Orang kampung kata dia sudah berpindah ke tempat lain. Memandangkan aku tidak mempunyai sebarang cara untuk menghubunginya membuatkan aku lagi sedih. Aku tak tahu nak buat apa apa. Hanya terus mendiam.

There she goes away, leaving me wondering,
looking at the star reminds me of you,
everything reminds me of you. But where are you?

Siapakah dia? 



Siapa Basri?


Kehidupan seorang Pengejar Bintang,



Assalamualaikum. Ucapan ni sangat mulia bagi orang islam. Namun tak ramai yg ucapkan. Hi, hello menjadi pilihan namun siapa aku untuk judge kan.


"Kat sekolah belajar elok-elok tau. Buat orang bangga dengan Basri, dengan keluarga Basri". Setiap hari masa aku sekolah ummi aku ucapkan pada aku. Dengan ucapan tu aku belajar bersungguh-sungguh. Sehinggalah aku tiba di Universiti Kebangsaan Malaysia aka Kebanggan Malaysia. Walaupun tak dapat further ke luar negara, tapi dapat masuk ke UKM ni sedikit sebanyak dapat buat family aku tersenyum. Aku secara tak langsung pun tersenyum gembira melihat keluarga aku gembira. Keluarga aku terdiri daripada 4 adik beradik. Aku no 2. Kakak aku mainkan peranan penting dalam keluarga tapi aku pun takde kurangnya.



Sebelum aku meneruskan celoteh aku kat sini, aku Mohd Basri bin James. Orang panggil aku Basri atau Bas. Bukan bas RapidKL mahupun Nadi Putra. Dan korang mesti tertanya tanya kenapa nama ayah aku James kan? Nama ayah aku special sebab aku berasal dari Sabah - Negeri di Bawah Bayu. Aku pun tak tahu kenapa diberi nama tu. Oleh kerana itu aku diberi priveledge dengan nama yang unik. Kami sekeluarga berpindah ke Subang, Selangor semasa aku darjah 3. Culture shock juga la! Culture shock aka kejutan budaya sering berlaku dengan orang yang jarang mendapat kelebihan dan kesenangan terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya, wang. Kertas yg dipanggil wang ini amatlah penting. Dan bagi aku, selepas ayah aku dipindah tempat kerja disini, kehidupan kami lebih senang. Aku dapatlah juga pegang wang ni nak beli benda yang aku suka. Kalau tak tengok jela orang beli.



Kecewa juga bila aku tak ingat lagu sekolah rendah aku, SK TUDM Subang. Rindu. Rindu apa? Rindu cikgu-cikgu. Rindu member-member lama. Afif, Haziq jiran Fahmy, Nashihin. Kenapa ada mention Fahmy? Fahmy ni member sekolah menengah aku kat SMK Subang. Dia ni macam mat buku la tapi nak kata nerd tak juga. Dengar lagu Arctic Monkeys, Pink Floyd, Radiohead, Arcade Fire. Tapi aku pelik dengan dia ni. Buku buku yg dia baca mostly philosophical. Ada dari Soren Kierkegaard, Jean-Paul Sartre dan sewaktu dengannya. Aku ni, tak suka membaca haha.



"teng teng teng teng"


Menjulang martabat ilmu

Mengamal pekerti mulia
Memegang prinsip jati diri


Lagu sekolah aku berkumandang setiap pagi. Rindunya. Sebak juga bila fikir balik semua member-member, musuh, ex haha. Lepas PMR, Penyeksa Mental Remaja, aku further ke cabang Sains Akaun. Kenapa aku tak amik Sains Bio, Sains Fizikal? Kalau aku further Sains Bio matilah orang dekat hospital. Kalau further Sains Fizikal rosaklah mesin-mesin. So baik akaun atleast boleh songlap duit sikit :p

Mac 2012, hari keputusan SPM. Tengok kawan-kawan aku dapat keputusan cemerlang. Aku berpuas hati dengan 4A. Alhamdulillah. Ada lagi yg kurang berjaya dan kurang berpuas hati dengan keputusan mereka. Aku rasa ini yang aku berhak dapat atas usaha aku. Rindu Cikgu Adnan!


Keputusan UPU aku amat tidak memuaskan. Aku tak dapat offer dari mana-mana universiti. Tapi Yang Maha Adil has set something better for me kot. Aku meneruskan pembelajaran aku di KMP atau Kolej Matrikulasi Perlis. Nun jauh kat Arau sana. Belajar setahun kat sana and alhamdulillah aku kira skor juga la. Dapat 3.72 CGPA. Hebat jugalah aku ni hehe. Tapi sedih juga sebenarnya. Disebabkan DOTA, aku flunk juga la sem 2. DOTA ni macam satu penyakit, penyakit yg contagious. Sekali kau dah terjebak, tak boleh berpatah balik. Kalau aku jumpa siapa yg cipta DOTA ni aku nak bunuh dia.



1 September 2013,



Inilah Varsiti Kita

Ditengahkan hasrat rakyat kita


Berkumandang lagu ni bermakna aku dah sambung belajar aku di UKM. Suasana lain, tempat lain, pemandangan pun lain. Segalanya asing bagi aku. Alhamdulillah bersyukur dapat belajar kat sini. Permudahkan segala urusan aku disini Ya Allah. 3 tahun pembelajaranku disini aminn.