Sunday, 25 May 2014

Dull Movies Nowadays



Aku mengaku, bila tengok cerita Godzilla, superheroes movies, and kebanyakan movies sekarang membosankan dan tiada makna. Dari trailer semua nampak best, semua nampak menarik. Tapi itu kuasa advertising, iklan. Menarik perhatian manusia dengan imej-imej yg cantik, yg elegen dan penuh aksi namun realitinya hanya untuk menarik perhatian. Namun itu lumrah manusia, mudah tertarik dengan benda yg cantik dan menghiburkan. Sebab itu movies dipuja dan perempuan cantik diperagakan seperti dewa.



Tapi movies sekarang semakin dull, full with banality. No originality, and no more avant-garde ideas. Tapi nak buat macam mana, directors dan producers buat movies sekarang sebab nak kaut keuntungan, duit. Kertas yg dipanggil duit lebih penting dari seni-seni dan ilmu pengetahuan. Bukan mereka taknak buat movies seperti dari director terkenal Godard, Scorsese, Chabrol, Truffaut, namun disebabkan permintaan penonton zaman sekarang yg tidak pentingkan seni dan ilmu, tetapi hiburan. Aku percaya kalau mereka buat filem-filem yg avant-garde dan maybe ada unsur existentialism, memang tak laku la. As long as pemikiran orang yg menonton filem sekarang masih pentingkan hiburan, selagi tulah filem-filem tema ini akan disiarkan. Pelakon-pelakon lebih penting dari script cerita. Sedih kan.



Sabar jelah and baik download je cerita-cerita yg best tu. Daripada habiskan fulus kat cerita yg tidak berkualiti. Salam readers!

Selesa



"Kejohonan Olimpik 2012, naib johan. Kejohanan Dunia 2013, naib johan. Piala Thomas 2014 baru-baru ni, naib johan lagi."



Memang aku setuju, dengan pendapat-pendapat orang lain yg kata mereka tunjukkan semangat yg tinggi, semangat tidak mahu mengalah, cintakan negara. Yes aku sangat setuju. Namun sampai bila kita nak dapat naib johan, sampai bila kita nak selesa dengan tempat kedua? Sampai bila kita nak guna ayat-ayat pasrah dan mengalah seperti ini;

"Walaupun mereka tak menang piala tetapi mereka menang hati kami Malaysians"

"You have tried your best, thank you for playing your heart out"

Bagi aku ini ayat-ayat mengalah. Sampai bila kita nak SELESA dengan apa yg kita dapat. Ini sikap yg aku paling tak suka dengan Malaysian. Cepat sangat selesa dengan apa yg kita ada. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yg kita dapat, bukan aku tak terima takdir tapi come on, don't celebrate for second place, people don't celebrate for losers! Aku mengaku, second place adalah untuk losers! Itu pendapat realists dan aku mengaku aku realist. Seperti hero yg aku kagumkan, Bill Shankly pernah berkata, "If you are first then you are first, but if you are second that it's nothing". Aku benci sikap selesa sebanyak aku benci orang hipokrit. Sepanjang hidup aku tak pernah orang yg letak dekat almari piala-piala yg dimenangi, ada piala tempat kedua. Sebab orang tak sambut tempat kedua!


Tapi good job Malaysian heroes. Serious aku bangga dengan keputusan ni. Walaupun tak menang tapi kita dapat ke final. Kita kalah tipis 2-3 kepada bagi aku memang pasukan yg patut menang. Kalahkan The Invisible China 3-0. And bagi aku, kalau bola sepak, siapa yg kalahkan team Barcelona, dialah bakal juara and kalau kat badminton ni, siapa yg kalahkan China dialah bakal juara macam Korea Selatan. Jepun seperti suatu kuasa baru dalam badminton seperti Atletico Madrid dalam bola sepak. Aku paling respect Jepun sebab dahulu Jepun ni macam pasukan belasahan je kalau dalam tournement badminton ni, macam pelengkap kumpulan dalam table. Namun sebab tu mereka bangkit, bangkit dari kekalahan dan melonjak diri mereka sehingga menjadi juara. Bukannya hanya selesa dengan sejarah je. Wake up, wake up dari mimpi indah. Sekarang dah abad ke 21. Make new history please. Sejarah yg bermakna bukannya bawa beruang panda dari China. But i'm still a proud Malaysian, i still do. Salam readers!

Monday, 12 May 2014

Second again, Liverpool



12 May 2014,

"Oops, we did it again" "The true champion" "Manchester City champion of England" memenuhi akhbar, tabloid dan media massa. Fahmy suka la City dia menang. Haihh aku selaku peminat kipas susah mati The Kops sedih juga la. Genap 24 tahun, yes 24 tahun Liverpool tak berjaya untuk memegang trophy Liga. Kali terakhir menang Premier League masa season 89-90. Masa tu aku tak lahir lagi kot! How i wish legend- legend seperti Bill Shankly, Bob Paisley boleh manage Liverpool balik, paling takpun Kenny Dalglish boleh jumpa rentak untuk bawa kelab bolasepak kesayangan beliau untuk menjulang takhta liga. Abad ke 60an sehingga akhir abad 80an boleh kata Liverpool conquer la masa tu. Manchester United macam team belasahan jela zaman tu, nak challenge title? Jangan harap. Aku bukan nak bangkitkan sejarah just nak bagitahu je kehebatan Liverpool dulu nanti ada fans yg butthurt pula kan. Dah la no 7. No offense


Dulu Premier League bukan dipanggil Premier League. Haha apa ayat aku ni. Just nak bagitahu zaman Premier League start pada season 1992-93 dimana pemenangnya Manchester United, cis. Sejak Premier League ditubuhkan Liverpool tak pernah lagi menang haha sedih. Cuma termasuk season ni, 3 kali Liverpool dah jadi runners-up. Bukannya Liverpool tak hebat tapi aku boleh kata tak bernasib baik. Season 2001-02, okay tu memang Arsenal is the better team. But season 2008-09, Liverpool banyak seri. Kalah lagi sikit dari MU and superior goal differences tapi seri banyak sangat. Tapi satu benda yang aku rasa berbangga jadi fans Liverpool ni, You'll Never Walk Alone or YNWA. Fans Liverpool even seri, atau kalah still support sepadu-padunya. Bukannya support masa menang je. Menyanyikan lagu You'll Never Walk Alone sampai meremang bulu roma aku. Tu yang aku bangga. Well betul la apa orang cakap, the 12th man tu yang paling penting. Kalau bukan sebab fans ni tak kemana Liverpool.


"If you are first then you are first, but if you are second that it's nothing" one of the famous quotes from legendary Bill Shankly. 


Aku cuma berharap season depan, Brendan Rodgers, our resurgent diberi dana transfer secukupnya untuk beli pemain berkualiti seperti Suarez and Coutinho. Aku mengaku squad season ni biasa biasa je even orang tak sangka pun boleh dapat no 2. Tapi bagi fight kot and held tempat pertama 3-4 minggu. That's some achievements. Yang penting season depan Liverpool kembali ke persada Eropah, the Champions League! Dah mereput Champions League aku tengok tanpa Liverpool haha. Liverpool juga yang buat comeback of the year masa kat Champions League season 2004-05. Menang selepas ketinggalan 3-0 dengan the mighty AC Milan. Masa tu Milan dengan Kaka, Shevchenko, Cafu, Maldini, Nesta, Dida, Gattuso. Cukup hebat. In conlusion, Liverpool hebat now and always. Salam Readers!

Wednesday, 7 May 2014

Me, Thriller Genre



Topic tiga patah perkataan.

Interesting? Sebab ada orang kata blog aku tak interesting. Bosan. Actually aku tak kisah pun pasal dia blog dia bukan bagus mana pun. Semak ada lah aku tengok. Sorry bro, no punt intended. For me, blog aku adalah untuk share information. Selain nak bagitahu about my life a bit, in the same aku nak share la juga ilmu serba sedikit. Aku ni bukanlah tahu banyak sangat pun but tak salah kan?


Untuk topik ni, sesetengah orang tak tahu pun genres movies you diorang tengok. Banyak genres available such as drama, comedy, bibliography, action, mystery, sci-fi and thriller. Thriller is my favorite. Banyak ciri-ciri thriller movies yang ada, for example psychological, my all time favorite haha. Ada political, paranoid, conspiracy, crime thriller pun aku suka, ada juga supernatural. A good thriller movie came from a good thriller director. Bagi aku cerita thriller yang bagus datangnya dari idea dan pengalaman dari director yang cemerlang. Contoh-contoh pengarah filem thriller yang cemerlang ialah Alfred Hitchcock, DJ Caruso, Joel and Ethan Coen, Brian De Palma, Stanley Kubrick kegemaran aku dan juga Phillip Kaufman. Tak lupa juga Martin Scorsese favorite Fahmy haha. Selain Francis Ford Coppola's The Godfather, Scorsese juga antara pengarah yang telah menaikkan nama Robert De Niro menjadi nama yang besar di Hollywood. Melalui cerita Taxi Driver, The Goodfellas, Raging Bull dan banyak lagi.


Bagi aku thriller tak pernah membosankan aku. Sebab banyak sub-genres thriller. Tak semestinya sekadar aksi dan tidak ada makna cerita seperti kebanyakan filem-filem abad ke 21 sekarang. Sebab itu aku lebih appreciate filem-filem lama. Abad ke 60an dan 70an banyak memberi impak kepada perfileman Hollywood. Era New Hollywood yang sebenarnya lahir dari ideologi yang sama seperti filem-filem French New Wave. Filem-filem yang bersangkut-paut dengan ideologi Existentialism, pemikiran yang menjangkaui kenormalan. Haha balik kepada thriller, filem thriller juga related to some filem-filem seram yang terkenal seperti Friday The 13th, Texas Chainsaw Massacre, The Shining, Halloween, Nightmare on Elm Street dan banyak lagi. Oh and recently aku tengok filem Wrong Turn and Final Destination, filem bersiri ni aku tengok makin banyak series dia makin membosankan. Lagi-lagi FD. Anyway kalau ada apa-apa movie thriller yang korang berminat nak download, tanya jelah aku. Salam readers!