Things never turned out the way they were supposed to,dont they?
Words never came out the way they were meant to,arent they? People never grew up the way they were expected to,wouldnt they? And life never pan out the way we were always planned to,isnt it? Cause if they do,or they are,or they would,and if it is.. Then,living would be so easy u will forget how to bend on ur knees,down to ur feet, crying for His Mercy.. Like a dandelion in the windy dessert u will lost---nowhere to be, Like a blind man in the deep dark night u shall not see.. Until u embraced it for whatever it may be.. No matter how hard one would feel.By Muhammad Amirul Mamat.Sajak dari penyajak Malaysia pertama aku, tak sepanjang sajak-sajak yang sebelum ni tapi ayat dia sumpah deep. And sangat kena dengan title aku sekarang ni.Jatuh,Ada quote dari cerita super hero paling aku minat. Actually, beliau bukanlah hero. Beliau lebih kepada vigilante. Apa itu vigilante? Dari kamus online Merriem-Webster, vigilante bermaksud ahli bukan pihak polis yang sukarela membanteras jenayah atau nama lain, penegak kebenaran yang bukan dari pihak berkuasa. Beliau ialah The Dark Knight, Batman. Dari filem Batman Begins, Alfred Pennyworth berkata kepada Bruce Wayne semasa dia terjatuh ke dalam perigi buta, "Why do we fall?". Jawapan dia simple, " So we can learn to pick ourselves up". Kata-kata ini jadi pembangkit semangat aku. Dalam apa-apa masalah yang kita hadapi, pasti ada penyelesaiannya. Dan jikalau kita jatuh, orang pasti akan gelakkan kita. Namun, chin up! Bangun! Dan belajar dari kesilapan. Jangan sesekali pandang belakang. Sesetengah orang tidak mampu untuk bangun dengan sendiri, tidak mengapa. Kita hanya manusia. Tuhan cipta manusia untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. "Muafakat membawa berkat", "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Ini semua kata-kata pepatah mengenai tolong-menolong. Semua orang pernah jatuh, sama ada tersadung, tersembam. Pelbagai cerita, namun yang paling penting ialah bagaimana kita bangkit. Orang yang paling rugi ialah orang yang tidak tahu dan tidak mahu bangkit dari kesilapan. Dan jikalau kita lihat kawan-kawan, keluarga, sesiapa sahaja yang jatuh, bantulah beliau bangkit. "There is Karma", kerana apabila terjadi kepada kita, orang akan balas semula. Salam readers!
No comments:
Post a Comment