Monday, 14 April 2014
Fragile
Fragile, rapuh.
"Why are humans so fragile?" Tu soalan yang kita selalu lihat dah dengar. Namun kita tak tahu. Itulah kelemahan manusia zaman sekarang, kita tidak mahu berkembang, evolve. Orang zaman dahulu dahagakan ilmu. Sanggup merantau dari negara ke negara. Dari negara-negara arab ke Sepanyol. Dari Rome ke Jurusalem. Kerana berebutkan ilmu. Sanggup berperang, sebagai contoh Perang Salib. Perang Salib bukan sahaja kerana berebutkan Jurusalem atau nama lain Baitulmaqdis, tetapi berebutkan kekuatan agama dan ilmu. Tetapi kini, walaupun telah dibina perpustakaan, gedung ilmu, tetapi kosong. Sekosong rumah ibadat. Walhal, perpustakaan menyediakan ilmu secara percuma. Pelik, tapi benar. Berbalik kepada rapuh, manusia atau nama lain Homo Sapiens ialah spesis yang paling tahan lasak, dan mudah adapt kepada persekitaran, even yang paling extreme.
Ada ilmuan pernah berkata, "Humans quit evolving when we quit adapting to our environment and started adapting our environment to our needs".
Setiap bentuk dan ciri-ciri yang ada pada manusia, semua mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Bermula dari skeletal system, iaitu sistem tulang kita sehinggalah integumentary system iaitu kulit kita. Cuma terletak kepada tuan badan itu sendiri untuk mengetahui tentang bandannya. Dan semuanya terletak di minda kita. Sebagai manusia, kita perlulah bersyukur dengan kesempurnaan ciptaan-Nya dan berdoa kepada-Nya daripada kita complain dan mengomel. Salam readers!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment