Monday, 24 March 2014

Rajuk, Merajuk?



Merajuk,


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, rajuk atau merajuk bermaksud menunjukkan rasa tidak suka, bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll). Kenapa manusia merajuk? Salah satu sebab apabila sesuatu kehendaknya tidak dapat ditunaikan. Dan akibat tidak suka dengan situasi itu, mereka akan seperti yg dimaksudkan dalam Kamus Dewan itu, bersungut-sungut dan merungut-rungut. Seperti aku manusia yg tidak sempurna, pernah merajuk. Sampai satu masa tu sampai 2-3 hari juga lah. Childish? Ala korang pun mesti pernah juga.


Tahun 2006, bagi budak budak batch '94 tahu lah ada apa masa tahun ni. UPSR. Memandangkan aku belajar di sekolah kerajaan, SK TUDM, aku hanya mengambil 4 subjek masa exam tu. Bahasa Malaysia, English, Sains, Matematik. Aku tak faham kenapa subjek BM ada sampai dua paper. Penulisan dan Pemahaman. And satu lagi aku tak faham dengan sistem pembelajaran Malaysia ni, kenapa perlu ada penukaran antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu? Kejap-kejap tukar, kejap-kejap tukar. Senang panggil BM jelah. And sekarang dengan pemansuhan PMR pula tak faham aku serious.



Kembali kepada cerita, aku pelajar yg rajin kat sekolah. Dan aku selalu skor kertas Matematik dari exam pertengahan tahun sampai trial haha. Jadi, penuh confident, aku melontarkan hasrat aku kat family aku.



"Mi, abah, kalau Ecik skor UPSR nak hadiah boleh tak? Boleh laaa"
Jawab Umi, "Ecik nak apa?"
Dengan penuh semangat aku tunjuk gambar ni,





"Boleh tak mi?", tanya aku.
"Ye boleh janji dengan umi Ecik skor tau?"
"Janji umi!" Sahut aku.


Sebelum aku teruskan celoteh aku, kenapa manusia suka memberi janji kepada insan yg lain? Walaupun dia tahu sesuatu perkara atau benda itu tidak pasti dapat ditunaikan? Dipetik dari John Green, The Fault In Our Stars, “Some people don't understand the promises they're making when they make them." Janji tetap dibuat kerana manusia sentiasa memerlukan sesuatu benda atau perkara untuk memastikan kerjanya siap, untuk mencapai matlamat. Manusia sentiasa mengharapkan ganjaran atas apa yg mereka lakukan. Termasuklah aku. Bayangkan kalau pekerja-pekerja tidak diberi gaji, memang ramai la penganggur, memang tak jalan la kerja. Mana ada manusa kerja berat-berat  untuk charity!


Dipendekkan cerita, aku skor UPSR dengan cemerlang atau "with flying colours!" Aku melompat   kegembiraan melihat keputusan aku. Aku tak sempat pun tanya keputusan kawan-kawan aku, aku terus bergegas ke arah Umi. "Umi Ecik skor! Tengok ni!" Melihat Umi gembira apabila melihat keputusan aku. Aku pun terus meminta supaya Umi menunaikan janjinya kepada aku. Umi cakap nanti Umi beli. Aku tunggu - dan tunggu - dan tunggu - namun tiada. Aku dah sambung belajar ke peringkat Menengah namun hadiah yg dijanji tak pernah kurasai. Sekarang aku tahu semuanya hanya janji. Bila ditanya, Umi hanya kata, "kena kumpul duit Ecik, kena kumpul duit". Aku hanya terdiam, merajuk juga la 2-3 hari haha dan kemudian berhenti berharap..


Aku tak pernah berniat nak merajuk dan bersikap tidak bersyukur tapi janganlah janji jikalau tak mampu untuk laksanakannya. Aku akan faham. And aku minta maaflah kalau ada sesiapa yg tidak berpuas hati dengan post aku ni.


"Lying is not only excusable; it is not only innocent; it is, above all, necessary and unavoidable. Without the ameliorations that it offers, life would become a mere syllogism and hence too metallic to be borne."


H.L. Mencken - 1880-1956


I love you Umi. I will always do.



1 comment:

  1. Good post ! =) And don't sulking anymore...
    Sometimes, memang ibubapa kita tak dapat nak berikan apa yang kita mahukan tetapi berjuta-juta ringgit duit mereka telah dihabiskan untuk memberi apa yang kita perlu dalam hidup kita spt kasih sayang, tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain2. Dan sebenarnya semua itu lebih mahal, berharga dan sempurna daripada barang mainan yang kita minta masa kecil2 dulu kan... sebenarnya mereka telah menunaikan janji mereka dengan memberikan kita lebih daripada itu =)

    ReplyDelete